Thursday, 10 October 2013

MY STORY: From Engineer to Entrepreneur





Assalamualaikum w.b.t. Nama saya Amalia Mohamed Kamarudin. Saya adalah pengasas Amelia Delights yang kini mendapat sambutan yang hangat dan kian meniti dibibir rakyat Malaysia. kepakaran saya adalah membantu anda untuk menikmati homemade cookies & biskut yang sedap & rangup. Rasai kenikmatan & kasih sayang pada setiap gigitan. Cair di Mulut, Lekat di Hati. Alhamdulillah, saya rasa sangat-sangat bersyukur pada hari ini di atas segala kekayaan, kebahagiaan, ketenangan & kesihatan yang Allah kurniakan kepada saya. Ini adalah nikmat yang paling bernilai dan tak dapat saya ucapkan dengan kata-kata. Saya rasa sangat gembira di atas segala kejayaan yang dikecapi dan hidup saya sangat bahagia apabila saya dapat kongsikan kejayaan ini dengan ahli keluarga saya yang amat saya sayangi dalam masa yang sama saya dapat memberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan. Walaupun masih baru, Saya berasa bangga kerana dapat membawa Amelia Delights ke tahap yang lebih tinggi dimana cookies & biskut kami telah berjaya dipasarkan keseluruh Malaysia. Lebih menarik, cookies & biskut Amelia Delights mendapat penerimaan yang sangat baik dan positif dari pelbagai kaum, bangsa dan pelbagai agama. Ini menjadikan kami lebih bersemangat untuk menyajikan yang terbaik untuk pelanggan - pelanggan kami dan sekarang kami dalam proses memantapkan lagi pasaran cookies & biskut Amelia Delights di Malaysia dan kami juga didalam rangka untuk memasarkan cookies & biskut di Asia tenggara. Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan kami, kami percaya Amelia Delights akan menjadi pengeluar cookies & biskut yang terunggul dan terbaik di rantau ini.

Segala kejayaan ini bukanlah datang bergolek dan bukan berlaku sekelip mata. Sejujurnya, hidup saya dulu tak macam ini. Dahulu, saya adalah seorang yang murung, saya sentiasa hidup didalam keadaan tertekan dan gelisah. Semua yang dilakukan jadi serba tak kena. Saya rasa semua perkara disekeliling semuanya tak betul, tak bagus dan ini memberi lebih banyak tekanan kepada hidup saya. Saya rasa saya hidup didunia ni sebatang kara. Tiada sesiapa yang sayangkan saya, tiada sesiapa yang pedulikan saya. Ya, saya masih mempunyai keluarga; ibu bapa & adik beradik. Tetapi, disebabkan masalah kecelaruan keluarga, definasi keluarga, adik beradik tak pernah wujud dalam hidup saya. Saya rasa saya dibesarkan dengan kurang kasih sayang dan kurang perhatian. Saya membesar dengan kawan-kawan dan bukannya dengan keluarga. Walaupun saya bagai anak terabai, Alhamdulilliah, saya dapat mengharungi & membina hidup saya sendiri dengan baik. Mungkin disebabkan dibesarkan dengan keadaan tiada siapa yang peduli, ia telah menjadikan saya sangat berdirikari dan cekal untuk menghadapi cabaran hidup dan saya telah tanamkan semangat saya mesti berjaya pada usia yang muda. Sebagai hasilnya, saya merupakan pelajar cemerlang, Straight-A Student untuk setiap peperiksaan di sekolah rendah, menengah & di universiti. Saya juga mempunyai kelulusan Degree dan Master dengan mendapat keputusan yang baik. Dengan kecemerlangan ini, saya dapat menjawat jawatan sebagai seorang engineer di sebuah syarikat gergasi antarabangsa dan disinilah bermulanya hidup saya didalam bidang professional. Masa itu, hidup saya sama macam orang lain. Kais pagi makan pagi, kais petang makan akhir bulan. Di sebabkan saya bekerja di syarikat MNC yang biasanya dipelopori oleh bangsa asing, saya adalah antara minority di situ.
Saya biasanya terlibat dengan global projek dimana saya adalah 'the only muslim, the only malay, & the only lady'. Saya juga sering juga dihantar ke negara-negara luar untuk menguruskan project-project disana. Di sebabkan saya adalah minority dan saingan yang kuat, saya terpaksa bekerja keras untuk buktikan diri saya, kualiti pekerjaan saya, dan supaya mereka menerima saya & hasil kerja saya. Saya tiada banyak pilihan dimana saya perlu bekerja siang dan malam, semua timezone, hari minggu, cuti umum. Ini telah menyebabkan saya menjadi hamba kerja dan saya tiada life. Walaupun hidup macam robot & zombie, saya telah mengecap satu pencapaian yang baik di dalam bidang kerjaya, dimana saya telah dinobatkan sebagai 'Top Performer/Top Contributors' untuk tiga tahun berturut-turut dan saya telah mencapai dipuncak kejayaan didalam bidang kerjaya. Masa tu saya rasa 'I am on top of the world', saya sudah ada segalanya dan pada masa yang sama jugalah saya sudah berada di dalam comfort zone.

Walaupun telah berada dipuncak, saya masih mencari-cari diri saya. Mungkin sesetengah orang berfikir, semuanya telah saya kecapi, tetapi saya rasa hidup saya kosong, tak bermakna. Di sebabkan saya dibesarkan dengan kurang perhatian keluarga, saya membenci ibu bapa saya. Saya tak sedar selama saya hidup ini saya berdendam dengan ibu bapa dan adik beradik. Saya mengalami kecelaruan emosi. Egonya saya dahulu, saya merasakan setiap kejayaan yang saya raih adalah hasil usaha saya sahaja, bukan sebab pengorbanan ibu bapa atau sesiapa. Dan ada perkara yang pelik lagi terjadi dalam hidup saya pada masa itu. Meskipun mempunyai pendapatan yang banyak, hutang saya pun sama banyak atau lebih banyak dari jumlah pendapatan. Duit sentiasa tidak cukup. Saya membawa segala bebanan emosi ini sepanjang saya hidup selama ini dan ia adalah sesuatu keadaan yang amat sengsara. Tidak cukup dengan itu, suatu peristiwa hitam telah terjadi yang memberi impak besar dalam hidup saya. Kerjaya yang saya agungkan itu memakan diri saya sendiri berikutan masalah pergolakkan ekonomi dunia. Bagai jatuh di timpa tangga, saya mengalami sakit yang teruk selepas itu akibat terlalu taksub bekerja sehingga tidak cukup rehat dan mengabaikan kesihatan diri. Ketika saya terlantar sakit, masa itulah saya sedar saya perlu ubah hidup saya. Cukuplah, saya tak mahu hidup seperti itu lagi. Pada ketika itu saya tak nampak jalan macam mana nak selesaikan segala masalah saya ini. Sehinggalah saya mendapat tahu tentang program Dr. Azizan Osman dan cuba untuk menyertai satu seminar percuma anjuran beliau. Pada ketika itu, saya merasakan ini lah yang saya cari dalam hidup, ini lah yang saya cari selama ini. Di situlah bermula titik perubahan hidup saya dan mulai dari hari itu saya teruskan menyertai seminar-seminar yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman.

Banyak yang berubah setelah saya mengikuti seminar Dr. Azizan Osman. IMKK & RKMJ adalah titik perubahan 360 darjah untuk saya. Saya belajar untuk melihat sesuatu perkara dari sudut yang lebih positif, hikmah sesuatu perkara, banyakkan bersyukur, the power of alignment, menerima kesalahan dan memaafkan diri sendiri dan orang-orang disekeliling, termasuk ibu, ayah & adik beradik saya. Selain itu, kita diajar untuk melakukan setiap perkara lebih baik setiap hari and we got to do it with love. Do it more each day. Formula ini agak berkesan untuk saya dimana ini adalah kunci perubahan dan penyelesaian masalah kecelaruan keluarga yang saya alamni selama 20 tahun itu. Semuanya mula berubah kepada keadaan yang lebih baik dan saya nampak semakin jelas bagaimana saya boleh selesaikan segala masalah saya ini. Mungkin saya bukan lah seorang anak yang terbaik pada masa dahulu, tetapi sekarang saya sedar. Sungguh kejamnya saya sebagai seorang anak
menghukum ibu & ayahnya hanya kerana kesalahan yang sedikit itu. Kalau nak dibandingkan jumlah kesalahan dan jumlah kebaikkan & pengorbanan yang telah mereka lakukan sepanjang saya hidup, saya dibesarkan & saya capai segalanya dalam hidup saya ini, memang tak boleh dibandingkan. Terlalu banyak sangat kebaikan & pengorbanan mereka yang saya tak mampu nak balas. Ya, semua manusia melakukan kesalahan, tidak sempurna, begitu juga saya. Jadi adalah tidak adil & tidak wajar bagi saya untuk menghukum sesiapa pun terutamanya keluarga saya. Bak kata pepatah, air yang dicincang tak akan putus. Walaupun apa yang terjadi, baik atau buruk, keluarga adalah insan-insan yang akan menerima kita seadanya. Orang luar belum tentu boleh menerima kita terutamanya bila waktu kita susah. Bermula dari sekarang saya akan pastikan saya adalah anak yang akan membahagiakan mereka, berikan apa yang mereka ingin kan, dan yang paling penting saya lah orang yang akan menjaga ibu & bapa saya sendiri sehingga akhir hayat mereka. InshaAllah, saya juga akan membawa mereka ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada akhir tahun 2013 ini.

Secara tidak sedar, dalam masa yang sama saya telah jumpa apa tujuan atau 'purpose' saya dalam hidup dan saya juga telah bertemu dengan passion saya. sebab itu saya buat apa yang saya buat sekarang ini. Lebih membahagiakan apabila saya mendapat restu & sokongan dari keluarga yang tidak berbelah bahagi untuk saya terus terlibat didalam bidang perniagaan. kalau dulu mereka agak skeptical dengan berniaga. mereka merasakan untuk berjaya seseorang perlu menjawat jawatan yang tinggi dan bekerja makan gaji di syarikat-syarikat yang besar tetapi sekarang segalanya telah berubah dan mereka tidak berfikir sebegitu lagi. sokongan dan doa mereka sentiasa berada bersama saya dan setiap langkah saya. Pada saya, dengan menghadiri seminar-seminar Dr. Azizan Osman, saya bukan sahaja mendapat ilmu pengetahuan tentang berniaga, malah saya mendapat ilmu mengenai jati diri, positive mental attitude dan yang paling penting saya dapat family saya semula. I got my family back. I got my life back. Ini adalah sangat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Hidup ini bukan sahaja perlukan wang ringgit tetapi kita juga perlukan kasih sayang. Dan Amelia Delights menzahirkan kasih sayang dengan cookies & biskut kami. Spread the love, share the happiness to everybody. Selain itu, kami juga dapat membantu anda untuk bermula berniaga dan menjana pendapatan dengan modal yang sangat rendah. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Amelia Delights, sila hubungi saya terus di talian 013-387 4797 atau di Facebook:Amelia Delights (http://www.facebook.com/AmeliaDelights). Terima kasih kerana membaca coretan saya ini. Saya doakan agar rezeki anda semua melimpah ruah, kaya dan berjaya di dunia dan akhirat, dipermudahkan segala urusan, dimakbulkan segala hajat, sentiasa sihat & sejahtera, diselesaikan segala masalah, & mendapat segala yang diimpikan. Ameen.

Kepada mentor yang saya sangat hormati & kasihi Dr Azizan Osman, kepada Jerry Zafrul Rizal Mat, Hjh Yasmin Mohd Ramzi, warga kerja Richworks, jutaan terima kasih diatas segala ilmu dan support yang diberikan. I had a wonderful and amazing time. Thank you for a remarkable experience. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa & pengorbanan anda semua. Doa saya agar Dr Azizan Osman, Jerry, Hjh Yasmin, warga kerja Richworks dan keluarga sentiasa dalam limpahan rahmat, kebahagian, kesihatan, keberkatan, kekayaan, ketenangan, kejayaan dari Ilahi. Semoga segala urusan kalian semua sentiasa dipermudahkan. Ameen.

Kalau anda terinspirasi sila share.


Lots of Love,

Amalia Kamarudin
Managing Director & Founder of Amelia Delights
Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Telefon: +6013-387 4797
FB: 
Amelia Delights (http://www.facebook.com/AmeliaDelights)
Email: amelia.delights@yahoo.com
Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=PH24FQkLtrM